Monday, January 20, 2014


kelab ping pong skbj(unofficial) tujuan untuk suka2 dan eratkan hubungan.
Terdapat carta ranking ,tips serta sistem mata atau hebahan bagi info pada semua.Sekadar berkongsi ilmu dan permainan ping pong,

,Majulah Ping pong untuk semua..

Teknik Flick (return bola short atas meja)

1- Teknik ini merupakan teknik asas bagi pemain-pemain baru.
2- Kadang-kadang menjadi killer shot untuk matikan bola pihak lawan.
3- Ia merupakan satu teknik yang menggabungkan gerakan kaki one-step ke dalam dan keluar dari meja.
4- Kita mesti ingat, bukan semua bola akan dipulangkan kepada kita oleh pihak lawan, keluar dari meja. Ada bola yang pendek dan kekal melantun/bounce 2-3 kali di atas meja.
5- Jika bola kosong/drive/top spin =
    1- masukkan kaki kanan ke dalam meja (utk orang tangan kanan)
    2- gerakkan tangan yang memegang bat ke arah bola yang yang masuk ke dalam meja kita
    3- pukul bola sebaik bola sampai (sudut 45°) dan follow through gerakan bat kita selepas pukul
    4- dengan kadar yang cepat, kembali ke posisi asal
6- Jika bola backspin/chop/pimple berat =
    1- Langkah yang sama seperti di atas, cuma no. 3 , sudut mesti tukar 60° (buka sikit bat)
7- Ini dilatih untuk bola pendek yang datang sebelah kanan, tengah dan kiri meja kita.
8- Mula-mula mungkin sukar sebab kita belum pandai adjust sudut bat dan jika kita fleksibel dan pandai membaca jenis bola yang datang ke arah meja kita, teknik flick ini akan mudah dilakukan dan lebih confident (jika tak training mana boleh apply dalam perlawanan dengan berjaya!).
9- Bola secara multiball, dan boleh juga secara Single Ball Practice (ada partner seorang yang beri bola pendek tersebut dan kita cuba flick tanpa teragak-agak :)   )
10- Untuk teknik lebih advanced, tukarkan bola kosong/top spin/chop kepada variasi side spin dan variasi pimple untuk kita flick. Dengan ini, setiap bola yang datang, kita akan rase lebih yakin untuk flick tanpa sangkut pada net!

No comments:

Post a Comment